Thursday, January 28, 2010

Sunday, June 14, 2009

Detik Cemas 2009 "Cak Cak"

Sabtu 13 june 2009 merupakan detik cemas yang tak dapat dilupakan bagi kami sekeluarga . Seperti biasa cuti di hujung minggu membuatkan kami bangun agak lewat dari hari-hari biasa. Setelah bersarapan pagi kami sekeluarga bersantai sambil menonton TV saluran Astro Prima cerita hindi klasik kisah ular jelmaan yang ingin membalas dendam terhadap 6 orang yang terlibat membunuh suaminya Dewa ular, tetapi bukan ini tajuk utama cerita ini . Setelah selesai menonton aku terus ke ruang tamu membuka laptop bagi menyelesaikan kerja-kerjaku yang masih tertangguh sementara isteriku pula membawa anak kecil ku yang baru berusia setahun kebilik no 2 tingkat atas yang sememangnya direka khas bagi tempat anak kami untuk bermain-main . 15 minit kemudian isteriku turun dari bilik atas bersama anak kami dalam keadaan tergesa-gesa serta dengan riak muka yang cemas , isteriku menghampiriku dan berkata “Bang kat bilik atas ada ular tedung, Darwisy anak kita tadi bermain Cak Cak dan ular tedung beberapa kali mengembang disebakan Cak Cak dari anak kita Darwisy dan ular tedung tersebut hanya bersebelahan anak kita” aku terus menarik nafas panjang , disambung lagi oleh isteriku “ Saya mendekatinya sambil memegang anak kita dan terus memberi salam kepada ular tersebut yang sedang mengembang sekiranya engkau jin tolonglah keluar dari rumah ini “ ular tersebut terus tunduk lantas isteriku membawa anakku perlahan-lahan turun dari bilik tersebut . Pada masa itu fikiranku hanya tertumpu kepada BOMBA dan tanpa membuang masa aku terus membuat aduan 999. Sementara menunggu kedatangan pihak BOMBA aku menunggu ditepi pintu bilik tersebut takut-takut ular tersebut beralih ketempat lain. Lebih kurang 20 minit kemudian 2 orang anggota BOMBA yang menaikki van tiba didepan rumahkku .Disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas terhadap pihak BOMBA kerana menunjukkan komitment yang begitu tinggi dalam menjalankan tugas menyelamat. Tanpa mengambil masa yang lama pihak BOMBA telah dapat menangkap ular tedung tersebut dan Komen dari salah seorang anggota BOMBA tersebut ular tedung yang ditangkap dirumahku ini adalah dari spesis yang pelik dan beliau sendiri belum pernah terjumpa sebelum ini kerana ular tedung tersebut berwarna kuning berbelang hitam. Ujar beliau lagi ular Tedung ini mungkin akan diserahkan ke pihak ZOO Taiping kerana bentuk dan warnanya yang agak luarbiasa.


Ruang tingkat atas yang dijadikan laman permainan Darwisy
Photobucket

Photobucket



Disebelah bucu kanan atas tempat ular tedung itu ditemui , kemungkinan besar ular tersebut bersembunyi dibawah alas permainan Darwisy..
Photobucket


Kebiasaannya beginilah gelagat darwisy semasa bermain-main di bilik tingkat atas ini.
Photobucket

Photobucket



Aksi darwisy semasa mengacah ular tedung yang berada dibucu alas permainannya
Photobucket



Aksi salah seorang anggota BOMBA yang telah menangkap ular tedung tersebut.
Photobucket

Photobucket


Inilah ular tedung yang bermain-main dengan Darwisy ia dikatakan agak unik kerana warnanya ujar salah seorang anggota BOMBA
Photobucket

Tuesday, June 2, 2009

Thursday, May 21, 2009

Followers